Rabu, 23 Oktober 2013

NASIHAT UNTUK PARA AHLUL BAIT



WASIAT NENEK MOYANG "HABIB" 'UMAR AL-HAFIZ Berkata 'Ali r.a.: مَا كُنْتُ لأَدَعَ سُنَّةَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لِقَوْلِ أَحَدٍ "Aku tidak akan meninggalkan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam hanya kerana perkataan seseorang". [Sahih al-Bukhari 1563] @ http://sunnah.com/bukhari/25/49 Ini pula pesanan Nabi s.a.w. terhadap fitnah as-sarra' yang bakal dibawa oleh keturunan baginda sendiri pada akhir zaman, dekat dengan kedatangan Dajjal kerana sekadar berbangga dengan keturunan "ahlul bait", tapi tak mahu ikut ajaran Nabi s.a.w.: ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَىْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي وَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّمَا أَوْلِيَائِيَ الْمُتَّقُونَ “..Kemudian, (akan muncul) FITNAH AS-SARRA', (iaitu) asapnya BERASAL DARI tapak kaki seseorang dari AHLUL BAITKU (keturunanku), DIA MENGAKU BAHAWA DIA dari (PENGIKUT)KU, padahal (DIA) BUKAN dari (PENGIKUT)KU, kerana sesungguhnya wali-waliku hanyalah orang-orang yang bertaqwa..” [Hadits SAHIH riwayat Abu Dawud (4242)] @ http://sunnah.com/abudawud/37/3 Jadi, hati-hatilah ya. Jangan Mudah terpedaya dengan keturunan mulia, sebab Nabi s.a.w., semulia-mulia makhluq, sendiri dah ingatkan yang akan ada dari keturunan baginda yang menyesatkan umat akhir zaman nanti, iaitu ketika hampirnya kedatangan al-Masih ad-Dajjal. p/s: Kalau Dajjal Besar mendakwa yang dia mampu menghidupkan orang-orang mati, Dajjal-Dajjal kecil ini mendakwa boleh menjelmakan roh Rasulullah s.a.w. yang hanya boleh dilihat oleh mereka. "Kartun" bukan? Malangnya, ramai yang percaya. WALLAHU a'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar